Pages


Monday 3 December 2012

Umar Bin Abdul Aziz


Semasa hidupnya, Khalifah Umar al-Khattab selalu berdoa."Wahai tuhanku, kurniakan aku zuriat keturunan yang menguatkan Islam".

Doa Khalifah Umar al-Khattab dimakbulkan oleh Allah SWT dengan lahirnya Umar bin Abdul Aziz atau nama sebenarnya Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam bin Ash bin Umaiyah bin Abdi Syams. Ibunya bernama Laila Ummu Ashim bin Ashim bin Umar al-Khattab iaitu Khalifah al-Rasyidin yang kedua.

Beliau dilahirkan di Halwan pada tahun 61 Hijrah/683 Masihi. Namun pendapat popular yang mengatakan beliau dilahirkan pada tahun 63 Hijrah/684 Masihi di Kota Madinah ketika tentera Yazid bin Muawiyah dari Damsyik menyerang kota suci tersebut.

Selepas menjadi khalifah, Umar Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyatnya dilayan sama adil tidak mengira keturunan,kekayaan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

Keadilan yang beliau perjuangkan menyamai kedilan pada zaman Moyangnya, Khalifah Umar al-Khattab yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim.

Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bulan Rejab, tahun 101 Hijrah ketika berumur 40 tahun , selepas memerintah selama  2 Tahun 5 Bulan .Beliau merupakan Khalifah Bani Umaiyah yang ke-8......Al-Fatihah......

Dipetik dari Novel 'Umar Abdul Aziz : Bayangan Khalifah al-Rasyidin' oleh Abdul Latip Latib

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...