Pages


Monday 17 December 2012

Syamail Muhammadiyah ( Bab 7 : Celak Mata Rasulullah )

Hadis 4 :


Ibnu Umar melaporkan, Rasulullah berkata :

Hendaklah kalian bercelak dengan batu celak al-itsmid, sebab ia akan menjernihkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Ibrahim bin al-Mutsamir al-Bashri, daripada Abu Ashim, daripada Utsman bin Abdul Malik, daripada Salim yang berssumber daripada Ibnu Umar.

Sunday 16 December 2012

Syamail Muhammadiyah ( Bab 7 : Celak Mata Rasulullah )

Hadis 3 :

Ibnu Abbas berkata melaporkan, Rasulullah berkata :

Sebaik-baik celak mata bagi kalian adalah batu selak al-Itsmid, sebab ia mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.

(Direkodkan oleh Tirmizi, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Nasa'i)

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Qutaibah bin Sa'id, daripada Basyar bin al-Mufadhal, daripada Abdullah bin Utsman bin Khaitsam, daripada Sa'id bin Jubair yang bersumber daripada Ibnu Abbas.

Menu Pilihan Rasulullah

Apakah menu pilihan Rasulullah s.a.w.?

Jom kita semak:

1- Kurma dan air kosong.



2-Tharid (roti yang dicampur daging dan berkuah)



3- Roti yang dimakan dengan cuka.



4- Roti dengan minyak zaitun.





5- Roti dengan keju.



6- Bubur yang dibuat daripada susu dan gandum.



7- Roti dengan kurma.



8- Kurma dengan mentega.



9- 7 biji kurma yang direndam di dalam susu 


(biasanya dimakan waktu pagi)





10-Kurma dan tembikai



11-Timun dan kurma

Menu -menu yang disenaraikan di atas memperlihatkan kesederhanaan Rasulullah dan betapa sihatnya hidangan Baginda. Baginda menjana tenaga melalui makanan tersebut untuk tujuan ketaatan kepada Allah.
Kredit kepada --> https://www.facebook.com/mysolusi?fref=ts

Syamail Muhammadiyah ( Bab 7 : Celak Mata Rasulullah )

Hadis 2 :

Jabir bin Abdullah melaporkan, Rasulullah berkata :

Hendaklah kalian bercelak dengan batu celak al-Itsmid ketika hendak tidur, sebab ia akan menjernihkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.

(Direkodkan oleh Tirmizi dan Ibnu Majah)

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Ahmad bin Mani', daripada Muhammad bin Yazid, daripada Muhaammad bin Ishaq, daripada Muhammad bin al-Munkadir yang bersumber daripada Jabir bin Abdullah.

Rasul Ulul 'Azmi (Bahagian 3)

2. NABI IBRAHIM A.S.


-Penentangan kaumnya terhadap dakwah yang baginda sampaikan khususnya daripada bapa baginda sendiri.

-Dihukum bunuh oleh Raja Namrud dengan melemparkan Nabi Ibrhaim A.S ke dalam api yang marak. Dengan izin Allah SWT, api menjadi sejuk dan baginda terselamat.

-Baginda taat beribadah kepada Allah SWT.

-Baginda memprolehi anak (Nabi Ismail) apabila mengahwini Siti Hajar setelah sekian lamanya tidak dikurniakan anak bersama Siti Sarah. Siti Hajar kemudiannya mendapat anak lelaki, Nabi Ishak.

-Kisah penyembelihan anaknya Nabi Ismail A.S yang dijalankan semata-mata takwa kepada Allah SWT.

Saturday 15 December 2012

Rasul Ulul 'Azmi (Bahagian 2)

1. NABI MUHAMMAD SAW


- Bapanya, Abdullah telah meninggal dunia sewaktu Baginda masih dalam kandungan ibunya,Siti Aminah. Ibunya pula meninggal dunia ketika Baginda masih kecil. Kemudian, bapa saudaranya iaitu Abu Talib dan isterinya, Khadijah r.h.a meninggal dunia pada peringkat awal Kenabiannya. Mereka adalah antara orang yang banyak menyokong dan membantu kehidupan serta usaha dakwah yang dijalankan oleh Rasulullah SAW.

- Pemergian anak-anak Baginda berlaku ketika mereka masih kecil lagi. Yang tinggal hanya Siti Fatimah al-Zahrah yang membantu bapanya, Rasulullah SAW dalam menegakkan dan mengembangkan Syiar Islam.

- Menghadapi ancaman yang hebat daripada penduduk Mekah selama 13 Tahun menjadi Nabi dan menghadapi tentangan daripada puak Yahudi Bani Quraizah, Bani Nadhir dan Bani Qainuqa' di Madinah.

- Baginda taat beribadah , menghormati orang tua, menyayangi kanak-kanak, banyak berpuasa, berjaga malam, tangkas di medan perang, pemimpin yang berwibawa dan sebagainya.

Friday 14 December 2012

Rasul Ulul 'Azmi (Bahagian 1)

Pengenalan :


Diceritakan terdapat seramai 124,000 orang Nabi, dan 313 orang daripadanya merupakan rasul. Rasul-rasul ini diutuskan oleh Allah SWT untuk memimpin dan memandu umat pada zaman mereka supaya mentauhid dan mengesakan Allah SWT serta melaksanakan peintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. 

Semenjak dari Zaman Nabi Adam A.S. sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad SAW, dakwah mereka untuk mendaulatkan syariat Agama Allah SWT sentiasa menghadapi cabaran.

Daripada 313 orang Rasul ini, 25 orang daripadanya adalah WAJIB diketahui oleh umat ISLAM. Namun begitu, hanya LIMA ORANG rasul sahaja yang layak menerima gelaran ULUL 'AZMI iaitu Rasul pilihan dan Agung.

Rasul Ulul 'Azmi tersebut ialah :

1. Nabi Muhammad SAW
2. Nabi Ibrahim A.S.
3. Nabi Musa A.S.
4. Nabi Isa A.S.
5. Nabi Nuh A.S.

Syamail Muhammadiyah ( Bab 7 : Celak Mata Rasulullah )

Hadis 1 :

Ibnu Abbas melaporkan Rasulullah berkata :


"Bercelaklah kalian dengan batu celak al-itsmid, kerana ia dapat mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata".

Ibnu Abbas yakin, Rasulullah mempunyai peralatan bercelak yang digunakannya setiap malam, tiga kali pada mata kanan dan tiga kali pada mata kiri

(Direkodkan oleh Tirmizi dan IbnuMajah)

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Muhammad bin Humaid ar-Razi, daripada Abu Daud at-Thayalisi, daripada Abbad bin Manshur, daripada Ikrimah, daripada Ibnu Abbas.

Syamail Muhammadiyah ( Bab 6 : Semir Rambut Rasulullah )

Hadis 2 :

Al-Jahdzamah berkata :

Aku melihat Rasulullah keluar dari rumahnya mengeringkan rambutnya selepas mandi. Di kepalanya ada bekas daun inai. [Tirmizi berkata : Guruku ragu apakah orang yang membuat laporan sebelum ini menggunakan perkataan 'bekas celupan']

(Direkodkan oleh Tirmizi dan Abu Dawud)

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Ibrahim bin Harun, daripada Nadhr bin Zurafah, daripada Abu Janab, daripada Iyad bin Laqithah yang bersumber daripada Jahdzamah.

Wednesday 12 December 2012

Bilal bin Rabah (Pengumandang Seruan Langit)


   Bilal bin Rabah dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43 Sebelum Hijrah. Beliau melalui jalan yang sukar bagi mendapatkan Islam. Bilal bin Rabah dijemur di padang pasir yang membara, ditindih dadanya dengan batu yang besar, namun imannya semakin kuat dan jiwanya semakin kental.

  Akhirnya kemuliaan datang kepadanya. Beliau menjadi sahabat kepada Rasulullah, dan menjadi Mu'azzin yang tersanjung. Hingga kini, namanya harum dan diabadikan kepada setiap Mu'azzin di dunia.

Dipetik dari Novel 'Bilal Bin Rabah (Pengumandang Seruan Langit)' oleh Abdul Latip Talib

Syamail Muhammadiyah ( Bab 6 : Semir Rambut Rasulullah )

Hadis 1 :

Abu Rimtsah berkata :

Aku pergi menemui Rasulullah bersama seorang anakku. Rasulullah bertanya, "Adakah ini anakkmu?" Aku menjawab, "Ya, dia benar-benar anakku".

Rasulullah berkata, "Dia tidak akan diseksa kerana menanggung dosamu dan kamu tidak akan diseksa kerana menanggung dosanya". Pada ketika itu, aku melihat uban Rasulullah berwarna merah.

(Direkodkan oleh Tirmizi, Abu Dawud dan Nasa'i)

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Ahmad bin Mani', daripada  Husyaim, daripada Abdul Malik bin Umair, daripada Iyad bin Laqith yang bersumber daripada Abu Rimtsah.

Syamail Muhammadiyah ( Bab 5 : Uban Rasulullah )

Hadis 5 :


Abu Rimtsah at-Taymi berkata :

Aku pergi bertemu dengan Rasulullah bersama seorang anakku menunjukkan Rasulullah kepadanya. Aku berkata kepada anakku, "Inilah Nabi Allah, selawat dan salam ke atasnya". Beliau memakai pakaian berwarna hijau. Rambutnya sudah beruban dan ubannya berwarna merah.

(Direkodkan oleh Tirmizi, Abu Dawud dan Nasa'i)

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Ali bin Hujr, daripada Shuaib bin Safwan, daripada Abdul Malik bin Umair, daripada Iyad Laqith al-'Ijli yang bersumber daripada Abu Rimtsah at-Taymi.

Syamail Muhammadiyah ( Bab 5 : Uban Rasulullah )

Hadis 4 :

Ibnu Abbas berkata :

Abu Bakar berkata, "Wahai Rasulullah, kamu sudah beruban!'' Rasulullah pula berkata, ''Ubanku ini disebabkan oleh Surah Hud, al-Waqiah, al-Mursalat, an-Naba' dan at-Takwir''.

(Direkodkan oleh Tirmizi)

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Abu Kuraib Muhammad bin al-A'la, daripada Muawiyah bin Hisyam, daripada Syaiban, daripada Abu Ishaq, daripada Ikrimah, daripada Ibnu Abbas

Istighfar (Bahagian 4)

Masa Beristighfar :


Antara masa yang digalakkan untuk beristighfar ialah :

1. Sepanjang Hari dan Malam.

2. Setelah kita melakukan dosa tersebut.

3. Ketika hendak tidur.

4. Ketika hendak bersahur.

5. Setelah selesai berwuduk.

6. Ketika duduk antara dua sujud.

7. Sesudah membaca tahiyyat ( Tasyahud akhir ).


Istighfar (Bahagian 3)

Syarat Istighfar / Bertaubat :

1. Meninggalkan maksiat yang dilakukan.

2. Menyesal atas maksiat yang telah dilakukan.

3. Berazam untuk tidak akan mengulanginya lagi.

4. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat amal kebajikan seperti bersedekah, dan lain-lain.

5. Mohon maaf jika maksiat atau kesalahan yang dilakukan melibatkan orang lain.

Monday 10 December 2012

Istighfar (Bahagian 2)

Hikmah Beristighfar :


  1. Menghidupkan jiwa yang resah dan gelisah kerana dosa yang telah dilakukan.

  2. Mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

  3. Meningkatkan ketakwaan dan kemimanan diri.

  4. Menangkis tipu daya Syaitan, yang selama ini memerangkap manusia dengan dosa.

  5. Memperolehi kemuliaan dan anugerah daripada Allah SWT dalam hidup di dunia dan di akhirat.


Keampunan Allah SWT terhadap hamba-Nya adalah dengan terlaksananya amalan beristighfar dan bertaubat. Kedua-dua amalan ini saling lengkap-melengkapi untuk memastikan Allah SWT mengurniakan keampunan kepada kita.

Istighfar (Bahagian 1)

Maksud beristighfar :

Menundukkan hati, jiwa dan fikiran terhadap Allah dalam memohon keampunan atas segala dosa serta kesilapan yang dilakukan.

Manusia merupakan makhluk yang serba lemah dan tidak lekang daripada melakukan dosa.

Allah SWT dengan sifat-Nya yang Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang membuka peluang kepada insan untuk memohon keampunan pada setiap waktu dan di mana sahaja mereka berada.






Allah SWT berfirman  yang maksudnya :

Dan Mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.

(Surah al-Muzzammil : ayat 20)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...