Pages


Tuesday 4 December 2012

Solat Sunat Dhuha

Penerangan :

Solat Sunat Dhuha dilakukan apabila Matahari naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya sehingga sebelum masuk waktu Zuhur.

Dikerjakan Dua, Empat, Enam ataupun Lapan rakaat.

Diriwayatkan daripada Sayidina Ali r.a. katanya bahawa Rasulullah SAW bersolat Dhuha Enam rakaat pada dua ketika iaitu ketika terbit Matahari (Dua Rakaat) dan juga tatkala Matahari naik pertengahan sedikit, Baginda melakukan sebanyak Empat Rakaat.

Kaifiat Menunaikan Solat Sunat Dhuha :


1.Lafaz Niatnya
"Sahaja aku Solat Sunat Dhuha Dua Rakaat kerana Allah Taala."

Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat pertama bacalah Surah as-Syams. Pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah Surah al-Dhuha. ataupun (Surah al-Kafirun pada rakaat pertama dan Surah al-Ikhlas pada rakaat kedua)

2. Semasa sujud akhir bacalah sebanyak 40 kali :


3.Selepas memberi salam berdoalah :

    "Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu."

  "Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah, 
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, 
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang 
soleh."
















DOA DHUHA (UNIC)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...