Pages


Sunday 2 December 2012

Syamail Muhammadiyah (Bab 2:'Khatam':Tanda Kenabian Rasulullah)

Hadis 1 : 

Sa'ib bin Yazid berkata :

Makcikku mengajak aku bertemu Rasulullah. Kemudian, makcikku berkata, "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya anak saudaraku (iaitu as-Sa'ib bin Yazid) sedang sakit". Rasulullah mengusap kepalaku lalu mendoakan keberkatan untukku. Sesudah itu, beliau mengambil wuduk, dan aku meminum air bekas wuduknya lalu berdiri di belakang badan baginda. Aku dapat melihat tanda kenabian di antara kedua-dua bahunya. Tanda itu seperti butang yang besar.

(Direkodkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Qutaibah bin Said, daripada Hatim bin Ismail yang bersumber daripada Ja'd bin Abdurrahman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...