Pages


Monday 5 December 2011

Sultan Muhammad al-Fateh


ASSALAMUALIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: 

   "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam.Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan".
                              (HADIS RIWAYAT IMAM AHMAD BIN HANBAL Al-MUSNAD 4/335)

 Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rejab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan mangkat pada 3 Mei 1481.Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel.Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1553 bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijrah.

   Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul,terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia.Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus.Sebelum itu,Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik,Parsi,Bulgaria,dan Rusia tetapi tidak berjaya.Umat Islam berusaha untuk merealisasikan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel ditawan oleh orang Islam.

  Selepas lebih 800 tahun,hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW menjadi kenyataan.Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayub al-Ansaari gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel.

  Sejak berada di dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsudin  al-Wali.Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayahanda kepada Sultan Muhammad al-Fateh), “Wahai Sultan Murad,bukan tuanku yang akan memmbebaskan kota Konstantinipel.tetapi anak yang di dalam buaian itu,” sambil menunjukkan kepada Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian. 

  Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana,dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan.Baginda membesar sebagai pemuda yang tampan.Bentuk badannya tegap,kuat  dan tinggi .Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.

   Baginda mula menaiki takhta ketika berumur 19 tahun.Di kala baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh.Pernah Maharaja Konsatntinopel mengirim guru-guru terbaik bagi mendidiknya mengenai adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja,tetapi baginda menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang.

   Selepas Sultan Muhammad al-Fateh menawan kota Konstantinopel baginda menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462.Seterusnya,menakluk Italia,Hungray dan Jerman.Ketika berada di puncak kegemilangannya,baginda telah memerintah 25 buah negeri.Kemudian baginda membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi mangkat kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa.

    Sultan Muhammad al-Fateh mangkat pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.AL-FATIHAH….


             
                  PEDANG YANG DIGUNAKAN OLEH SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH



MAKAM SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH




                                   
                                                          MASJID AYA SOPHIA

   Sebelum menjadi masjid,Masjid Aya Sophia adalah sebuah gereja.Setelah Sultan Muhammad al-Fateh menakluk Kota Konstantinopel,ia telah ditukar menjadi Masjid.

Dipetik dari 'Novel Sultan Muhammad-al-Fateh Penakluk Konstantinople' oleh Abdul Latip Talib.















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...