Pages


Friday 30 November 2012

Syamail Muhammadiyah (Bab 1:Fizikal Rasulullah SAW)

Hadis 8

Abu Hurairah berkata :

Rasulullah berkulit putih, seolah-seolah terbentuk daripada perak, rambutnya pula ikal beralun.

(Direkodkan oleh Tirmizi dan Abu Daud)

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Abu Daud al-Mushahafi (Sulaiman bin Salam), daripada Nadhr bin Syamil, daripada Shalih bin Abi al-Akhdar, daripada Ibnu Syihab, daripada Abu Salamah yang bersumber daripada Abu Hurairah.

Syamail Muhammadiyah (Bab 1:Fizikal Rasulullah SAW)

Hadis 7

Jabir bin Samurah berkata :

Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, baginda memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang baginda dan bulan silih berganti. Menurutku, baginda lebih indah daripada bulan purnama.

(Direkodkan oleh Tirmizi)

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Hannad bin as-Sariy, daripada 'Ab-tsar bin al-Qasim, daripada Asy'ats (Ibnu Suwar), daripada Abu Ishaq bersumber daripada Jabir bin Samurah.

Syamail Muhammadiyah (Bab 1:Fizikal Rasulullah SAW)

Hadis 6

Ali bin Abi Talib bercerita mengenai sifat Rasulullah :

Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah. Beliau bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya. Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun. Badannya tidak gemuk, bentuk wajahnya tidak bulat tetapi bujur telur.

Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu metanya lentik. Tulang sendinya gagah, bahunya bidang. Badannya bersih daripada bulu dan rambut, tetapi beliau mempunyai bulu lebat yang memanjang dari dada sampai pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal.

Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan tegap ( kakinya diangkat dengan kekuatan ), seolah-olah beliau sedang turun di lereng yang curam. Apabila baginda berpaling , kedua-dua bahunya berpaling serentak ( seluruh badannya turut berpaling ). Di antara kedua-dua bahunya, terdapat khatamun-nubuwah, iaitu tanda kenabian bagi para Nabi. Rasulullah merupakan seorang manusia yang hatinya pemurah (Rasulullah tidak pernah berkeluh-kesah atas sikap tidak bertimbang rasa dan penyeksaan oleh kaumnya). Baginda adalah orang yang kata-katanya paling jujur.

Manusia yang perangainya paling lembut, dan paling ramah dalam pergaulan. Sesiapa yang melihatnya buat pertama kali, pasti akan menaruh hormat dan segan kepadanya. Sesiapa yang berkenalan dengan beginda tentu nanti akan mencintainya. Orang yang menceritakan sifat Rasulullah, tentunya akan berkata, "Belum pernah aku melihat seseorang yang setanding dengan baginda, sama ada sebelum kalahirannya ataupun sesudah baginda meninggal dunia''.

(Direkodkan oleh Tirmizi)

Keterangan : Dilaporkan oleh Ahmad bin 'Ubadah ad-Dhabbi al-Basri, juga dilaporkan oleh Ali bin Hujr dan Abu Ja'far Muhammad bin al-Husein, daripada Isa bin Yunus, daripada Umar bin Abdullah, daripada Ibrahim bin Muhammad, daripada seornag anak lelaki Ali bin Abi Talib yang bersumber daripada Ali bin Abi Talib.

Thursday 29 November 2012

Syamail Muhammadiyah (Bab 1:Fizikal Rasulullah SAW)

Hadis 5

Ali Bin Abi Talib berkata :

Rasulullah tidak tinggi dan tidak rendah. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal (dagingnya) namun lembut. Kepalanya besar, tulang sendinya besar. Bulu yang tumbuh di dada sehingga pusatnya lebat.Apabila baginda berjalan, pergerakannya condong ke hadapan seolah-olah baginda sedang turun ke tempat yang rendah. Tidak pernah aku lihat orang yang setanding dengan baginda, sama ada sebelum (baginda lahir) mahupun selepas (baginda wafat).

(Direkodkan oleh Tirmizi)

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Muhammad bin Ismail, daripada Abu Nuaim, daripada al-Mas'udi, daripada Utsman bin Muslim bin Hurmuz, daripada Nafi' bin Jubair bin Muth'im bersumber daripada Ali bin Abi Talib.

Syamail Muhammadiyah (Bab 1:Fizikal Rasulullah SAW)

Hadis 4

Al-Bara' bin 'Azib berkata:

Aku tidak pernah melihat orang yang memiliki rambut yang menyentuh sehingga ke bawah telinga (antara cuping telinga dan bahu ), dengan memakai pakaian berwarna merah, yang lebih tampan daripada Rasulullah. Baginda memiliki rambut yang mencecah kedua-dua bahunya.Kedua-dua belah bahu baginda bidang. Baginda bukanlah seorang yang rendah dan bukan juga tinggi.

( Direkodkan oleh Muslim, Abu Dawud dan Tirmizi )

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Mahmud bin Ghailan, daripada Waki', daripada Sufyan, daripada Abu Ishaq bersumber daripada Al-Bara' bin 'Azib.

Wednesday 28 November 2012

Syamail Muhammadiyah (Bab 1:Fizikal Rasulullah SAW)

Hadis 3

Al-Bara' bin 'Azib berkata:

Rasulullah merupakan seorang lelaki yang bertubuh sederhana (tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah), jarak antara kedua-dua bahunya lebar (bahunya bidang). Rambutnya yang lebat terurai ke bahu sampai ke telinganya. Apabila beliau memakai pakaian berwarna merah, aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih tampan daripadanya.

(Direkodkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Muhammad bin Basyar al-'Abdi, daripada Muhammad bin Ja'far, daripada Syu'bah, daripada Abu Ishaq yang bersumber daripada al-Bara' bin 'Azib

Syamail Muhammadiyah (Bab 1:Fizikal Rasulullah SAW)

Hadis 2

Anas Bin Malik berkata:

Rasulullah adalah seorang yang mempunyai tubuh badan yang sedang, tidak terlalu tinggi dan tidak rendah, bentuk tubuhnya bagus.Rambutnya tidak kerinting dan tidak lurus.Warna kulit baginda coklat.Jika berjalan, pergerakannya condong ke hadapan.

(Direkodkan oleh Bukhari dan Tirmizi)

Keterangan : Hadis ini bertaraf Sahih. Dilaporkan oleh Humaid bin Mas'adah al-Basri,yang mendengar daripada Abdul Wahab ats-Tsaqafi dan bersumber daripada Anas bin Malik

Tuesday 27 November 2012

Syamail Muhammadiyah (Bab 1:Fizikal Rasulullah SAW)

Hadis 1

Anas bin Malik berkata:

"Rasulullah bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun bukan terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih pucat juga tidak sawo matang, (rambutnya) ikal tidak terlalu kerinting dan juga tidak lurus . Beliau diutus oleh Allah menjadi Rasul pada usia 40 tahun. Beliau menetap di Mekah (sebagai Rasul) selama 10 tahun dan Madinah juga selama 10 tahun. Bagunda diwafatkan oleh Allah dalam usia 60 tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di kepala dan janggutnya."

(Direkodkan oleh Bukhari,Muslim dan Tirmizi)

Keterangan: Hadis ini bertaraf sahih.Dilaporkan oleh Abu Raja Qutaibah bin Sa'id, daripada Malik bin Anas, daripada Rabi'ah bin Abu Abdurrahman yang bersumber daripada Anas bin Malik.

Badiuzzaman Said Nursi


    Badiuzzaman Said Nursi merupakan seorang tokoh Islam Turki yang terkenal dengan perjuangannya dalam memelihara akidah dan iman umat Islam di negara itu ketika ia diisytiharkan sebagai sebuah negara 'Republik'.
   
   Turki membuat beberapa perubahan sejak bertukar wajah menjadi negara sekular , Kerajaan Turki yang diperintah oleh Mustafa Kamal Artatuk telah mengharamkan semua Syiar Islam dengan menukar azan ke dalam bahasa Turki, menutup Masjid dan Sekolah Agama, mengharamkan tulisan dalam Bahasa Arab, mengharamkan pemakaian hijab, dan menyekat kegiatan dakwah.

  Badiuzzaman Said Nursi menulis sebuah kitab yang diberi nama Rasa'il al-Nur atau lebih dikenali sebagai Risalah al-Nur yang menjadi bahan bacaan orang ramai apabila Al-QURAN dan Kitab-Kitab Agama diharamkan.

  Perjuangan beliau amat hebat,kerana terpaksa melalui satu zaman yang cukup tragis dalam sejarah Islam baginya.Pada mulanya, Badiuzzaman Said Nursi cuba membuat perubahan dalam Sistem Pendidikan dan Politik

Antaranya:

1.Beliau berpendapat perlunya penyatuan antara pendidikan agama dengan sains.

2.Beliau juga berjuang untuk menegakkan sistem yang berpandukan syariat Islam.

Semua pemikirannya dikumpulkan dalam satu karya iaitu Risalah al-Nur.
Sebelum beliau meninggal dunia, beliau sempat menziarahi anak muridnya di banyak tempat (dalam Negara Turki) dan menghadapi tekanan yang kuat daripada pemerintah.

Badiuzzaman Said Nursi meninggal dunia pada hari Rabu 23 Mac 1960, bersamaan 25 Ramadan 1379 Hijrah.......Al-Fatihah.....

Rujukan (Novel Badiuzzaman Said Nursi Pejuang dan Pemikir Islam oleh Abdul Latip Talib)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...