Pages


Wednesday 7 December 2011

SAIDINA UMAR BIN AL-KHATTAB

 
    Umar Al-Khttab dilahirkan 42 tahun sebelum hijrah.Usianya 12 tahun lebih muda daripada Rasulullah SAW.Pada mulanya beliau antara orang Quraisy yang paling keras menentang Islam serta memusuhi Rasulullah SAW.Tetapi ketika berusia 35 tahun beliau mendapat hidayah lalu terus memeluk Islam.

Nama sebenar dan jurai keturunannya seperti berikut; Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abd al-Uzza bin Ryah bin Abdullah bin Qurti bin rizah bin Adiyyi bin Kaab.


    Nama ibunya ialah Hantamah binti Hisyam bin al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum.Abu Jahal adalah bapa saudara kepada Umar.Semasa jahiliah mereka sama-sama memusuhi Rasulullah SAW.Tetapi selepas memeluk Islam,Umar al-Khattab memusuhi Abu Jahal.

    Umar adalah daripada keluarga kaum Quraisy.Beliau menjadi duta bagi kaum Quraisy.Semasa jahiliah juga Umar al-Khattab terkenal sebagai seorang yang keras hati dan kejam sehingga sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup. Beliau bukan sahaja pernah menyakiti Rasulullah SAW malah suatu ketika berniat hendak membunuhnya.


   Tetapi selepas memeluk Islam, hatinya yang keras itu digunakannya bagi membela Rasulullah SAW san Islam.Sifat berani dan kegagahannya digunakan bagi menentang mereka yang memusuhi baginda sehingga mendapat gelaran al-Faruq iaitu orang yang berani menyatakan kebenaran.Beliau antara sahabat yang dijamin masuk Syurga.
  

 Apabila Saidina Abu Bakar sakit,beliau mencadangkan Umar al-Khattab sebagai penggantinya selepas mendapat persetujuan daripada sahabat-sahabatnya.Selepas dilantik menjadi khalifah,beliau meneruskan usaha yang dilakukan Abu Bakar as-Siddiq bagi membebaskan umat Islam daripada ancaman kuasa Rom dan Parsi.Syria,Iraq,Jordan,dan Mesir berjaya ditaklukinya.Kemuncak kejayaannya ialah Berjaya menakluk Jerusalem daripada kuasa Rom.

Beliau memerintah selama 10 tahun 6 bulan 4 hari.Beliau telah dibunuh oleh Abu Lukluah.Akhirnya beliau meninggal dunia pada pagi Ahad 27 Zulhijjah tahun 23 Hijrah.

   MAKAM SAIDINA UMAR AL-KHATTAB YANG BERSEBELAHAN DENGAN MAKAM                        RASULULLAH SAW

                                    REPLIKA PEDANG SAIDINA UMAR AL-KHATTAB

Dipetik dari 'Novel Umar al-Khattab Reformis Dunia Islam' oleh Abdul Latip Talib

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...