Pages


Thursday 8 December 2011

SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ

                                                                                                          Abu Bakar as-Siddiq lahir pada tahun 570 Masihi iaitu,2 tahun setengah selepas berlakunyaperistiwa tentera bergajah Abrahah.Nama sebenar beliau Abdul Kaabah bin Usman.Ibunya bernazar  sekiranya mendapat anak lelaki dinamakan Abdul Kaabah yang bermaksud hamba Kaabah.Ayahnya bernama Usman atau lebih dikenali dengan nama Abu Qufahah daripada keturunan Bani Tamim.Digelar Abu Bakar yang bermaksud ayah unta muda kerana pada masa mudanya suka memelihara anak-anak unta.Mendapat gelaran as-Siddiq iaitu yang membenarkan kerana beliau sentiasa membenarkan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.

    Ibunya bernama Salma binti Shakhar atau dikenali dengan panggilan Ummu Khair bererti ibu yang baik.Jurai keturunannya bertemu dengan jurai keturunan Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar bin Usman bin Amir bin Kaab bin Taim bin Murrah bin Kaab bin Luai bin Ghalib bin Fihir at Tamimi.

    Beliau pedagang yang kaya,terpelajar serta dipandang tinggi oleh kaum Quraisy.Selepas Nabi Muhammad SAW menjadi rasul, maka dia lelaki pertama yang memeluk Islam.Semasa berhijrah dari Mekah ke Madinah,Nabi Muhammad SAW memilih Abu Bakar as-Siddiq menjadi teman dalam perjalanan serta bermalam dalam Gua Thsur.

   Anak perempuannya,Aisyah menjadi isteri Rasulullah SAW.Ketika Nabi Muhammad SAW sakit,baginda melantik Abu Bakar menjadi imam.Selepas Nabi Muhammad SAW wafat,Abu Bakar dilantik menjadi khalifah,ketika itu umat Islam berpecah belah.Ada yang menjadi murtad,enggan membayar zakat dan mengaku menjadi nabi.Mujur Abu Bakar dapat mengatasi masalah itu satu persatu.

  Antara Jasa Khalifah Abu Bakar as-Siddiq:

1)Berjaya menundukkan mereka yang murtad,enggan membayar zakat dan yang mengaku menjadi nabi

2)Berjaya mengalahkan tentera Parsi dan Rom di bawah pimpinan Panglima Khalid al-Walid.Kemudian berjaya mengalahkan tentera Rom di Iraq,Mesir dan Palestin.

3)Mengumpul semula ayat-ayat suci al-Quran.

4)Mentadbir  negara Islam dengan membahagikannya kepada beberapa bahagian.
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq memrintah selama 2 tahun 3 bulan 10 hari.Sebelum meninggal dunia ,beliau sempat meninggalkan wasiat dengan melantik Umar al-Khattab sebagai penggantinya.Dengan ini dapat mengelakkan berlakunya perebutan kuasa.


MAKAM SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ YANG BERSEBELAHAN DENGAN MAKAM                                RASULULLAH SAW.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...