Pages

Monday, 5 December 2011

Imam Syafie



    Nama sebenarnya adalah Muhammad bin Idrus bin Abbas bin Ulthman bi Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf.

Ayahnya berasal daripada keturunan Quraisy dari Bani Mutalib.Ayahnya meninggal ketika Imam Syafie masih kanak-kanak lagi.Ada pendapat lain mengatakan bapanya meninggal ketika beliau masih dalam kandungan ibu.


  Menurut al-Hakim, nama ibu Imam Syafi
e adalah Fatimah binti Abdullah bin al-Hassan bin Hussain bin Ali bin Abi Talib.Tetapi pendapat yang popular mengatakan ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah yang berasal dari kabilah Yaman dari suku Uzd.

    Beliau dilahiran di kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah.Ada yang mengatakn pada malam Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia.Khalifah pada masa itu ialah Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbassiyah.


    Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan.Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Quran.Beliau mula menghafal Quran sejak berusia 9 tahun.Ketika berumur 10 tahun tahun beliau menghafal dan memahami kitab al-Muwatta' yang ditulis Imam Malik.Ketika berusia 15 tahun, beliau mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjidil al-Haram.


     Beliau juga adalah seorang penyair dan dapat menghafal 10,000 rangkap syair kaum Bani Huzail.


     Semasa beliau kecil ibunya Ummu Habibah al-Uzdiyyah berdoa semoga anaknya dikurniakan kecerdasan akal supaya mudah menghafal ayat-ayat suci Al-Quran.Doa ibunya di makbulkan.Pada Suatu malam,Imam Syafie bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad.Dalam mimpi itu Rasulullah bertanya siapa Imam Syafie.Dia pun menjawab dengan mengatakan nama sebenarnya Muhammad bin Idris dan dari keturunan Bani Hasyim.


   Rasulullah menyuruh Imam Syafie dekat kepadanya lau beliau mengusap muka,mulut dan bibir Imam Syafie.Kemudian Rasulullah berpesan,"Pergilah engkau semoga Tuhan memberkati hidupmu".


Sejak itu daya ingatan Imam Syafie dan hafalannya sangat kuat,hingga sekiranya ada kertas catatan setinggi gunung dapat dihafalnya.


   Nama isteri Imam Safie ialah Hamidah binti Uyainah bin Amru bin Uthman bin Affan.Beliau adalah berketurunan Khalifah Uthman bin Affan.

   Mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Abu Uthman Muhammad, Fatimah dan Zainab.

Antara Guru yang mengajarnya ialah:


= Imam Ismail Kustantani (Guru Quran)
= Imam Sufian Ainiah (Guru Hadis)
= Imam Muslim bin Khalid al Zanji (Guru 
    Fiqah)
= Mas'ab bin Zubair (Guru Syair)
= Imam Malik
= Imam Muhammad al-Hasan

= Imam Abu Yusof
= Syeikh Isa bin Munkadir

Imam Syafie merantau di  pelbagai tempat untuk menuntut ilmu...Terlalu ramai guru Imam Syafie 

yang hendak saya beritahu...


        Antara kitab yang dikarang oleh Imam Syafie dan telah diterjemahkan.
   
Antara kitab-kitabnya yang terpenting:

1.   Al-Hujjah
2.   Al-Imlak
3.   Al-'Umm
4.   Mukhtasar al-Muzani
5.   Al-Risalah
6.   Ahkamul Quran 
7.   Ibtalul Istihsan
8.   Al-Buwaiti
9.   Al-Qais
10. Al-Musnad
11. Jami'ul Ilmi
12. Mukhtasar al-Buwaiti
13. Harmalah
14. Jami' al-Mizani as-Saghir
15. Jami' al-Muzani al-Kabir
16. Istiqbalul Qiblatain
17. Al-Amali
18. Al-Qassamah
19. Al-Jizyah
20. Qital Ahli Baghyi




Beliau meninggal di Mesir tahun 204 Hijrah ketika berumur 54 Tahun....         (Al-Fatihah)..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...