Pages


Monday 17 December 2012

Syamail Muhammadiyah ( Bab 7 : Celak Mata Rasulullah )

Hadis 4 :


Ibnu Umar melaporkan, Rasulullah berkata :

Hendaklah kalian bercelak dengan batu celak al-itsmid, sebab ia akan menjernihkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Ibrahim bin al-Mutsamir al-Bashri, daripada Abu Ashim, daripada Utsman bin Abdul Malik, daripada Salim yang berssumber daripada Ibnu Umar.

Sunday 16 December 2012

Syamail Muhammadiyah ( Bab 7 : Celak Mata Rasulullah )

Hadis 3 :

Ibnu Abbas berkata melaporkan, Rasulullah berkata :

Sebaik-baik celak mata bagi kalian adalah batu selak al-Itsmid, sebab ia mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.

(Direkodkan oleh Tirmizi, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Nasa'i)

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Qutaibah bin Sa'id, daripada Basyar bin al-Mufadhal, daripada Abdullah bin Utsman bin Khaitsam, daripada Sa'id bin Jubair yang bersumber daripada Ibnu Abbas.

Menu Pilihan Rasulullah

Apakah menu pilihan Rasulullah s.a.w.?

Jom kita semak:

1- Kurma dan air kosong.



2-Tharid (roti yang dicampur daging dan berkuah)



3- Roti yang dimakan dengan cuka.



4- Roti dengan minyak zaitun.





5- Roti dengan keju.



6- Bubur yang dibuat daripada susu dan gandum.



7- Roti dengan kurma.



8- Kurma dengan mentega.



9- 7 biji kurma yang direndam di dalam susu 


(biasanya dimakan waktu pagi)





10-Kurma dan tembikai



11-Timun dan kurma

Menu -menu yang disenaraikan di atas memperlihatkan kesederhanaan Rasulullah dan betapa sihatnya hidangan Baginda. Baginda menjana tenaga melalui makanan tersebut untuk tujuan ketaatan kepada Allah.
Kredit kepada --> https://www.facebook.com/mysolusi?fref=ts

Syamail Muhammadiyah ( Bab 7 : Celak Mata Rasulullah )

Hadis 2 :

Jabir bin Abdullah melaporkan, Rasulullah berkata :

Hendaklah kalian bercelak dengan batu celak al-Itsmid ketika hendak tidur, sebab ia akan menjernihkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.

(Direkodkan oleh Tirmizi dan Ibnu Majah)

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Ahmad bin Mani', daripada Muhammad bin Yazid, daripada Muhaammad bin Ishaq, daripada Muhammad bin al-Munkadir yang bersumber daripada Jabir bin Abdullah.

Rasul Ulul 'Azmi (Bahagian 3)

2. NABI IBRAHIM A.S.


-Penentangan kaumnya terhadap dakwah yang baginda sampaikan khususnya daripada bapa baginda sendiri.

-Dihukum bunuh oleh Raja Namrud dengan melemparkan Nabi Ibrhaim A.S ke dalam api yang marak. Dengan izin Allah SWT, api menjadi sejuk dan baginda terselamat.

-Baginda taat beribadah kepada Allah SWT.

-Baginda memprolehi anak (Nabi Ismail) apabila mengahwini Siti Hajar setelah sekian lamanya tidak dikurniakan anak bersama Siti Sarah. Siti Hajar kemudiannya mendapat anak lelaki, Nabi Ishak.

-Kisah penyembelihan anaknya Nabi Ismail A.S yang dijalankan semata-mata takwa kepada Allah SWT.

Saturday 15 December 2012

Rasul Ulul 'Azmi (Bahagian 2)

1. NABI MUHAMMAD SAW


- Bapanya, Abdullah telah meninggal dunia sewaktu Baginda masih dalam kandungan ibunya,Siti Aminah. Ibunya pula meninggal dunia ketika Baginda masih kecil. Kemudian, bapa saudaranya iaitu Abu Talib dan isterinya, Khadijah r.h.a meninggal dunia pada peringkat awal Kenabiannya. Mereka adalah antara orang yang banyak menyokong dan membantu kehidupan serta usaha dakwah yang dijalankan oleh Rasulullah SAW.

- Pemergian anak-anak Baginda berlaku ketika mereka masih kecil lagi. Yang tinggal hanya Siti Fatimah al-Zahrah yang membantu bapanya, Rasulullah SAW dalam menegakkan dan mengembangkan Syiar Islam.

- Menghadapi ancaman yang hebat daripada penduduk Mekah selama 13 Tahun menjadi Nabi dan menghadapi tentangan daripada puak Yahudi Bani Quraizah, Bani Nadhir dan Bani Qainuqa' di Madinah.

- Baginda taat beribadah , menghormati orang tua, menyayangi kanak-kanak, banyak berpuasa, berjaga malam, tangkas di medan perang, pemimpin yang berwibawa dan sebagainya.

Friday 14 December 2012

Rasul Ulul 'Azmi (Bahagian 1)

Pengenalan :


Diceritakan terdapat seramai 124,000 orang Nabi, dan 313 orang daripadanya merupakan rasul. Rasul-rasul ini diutuskan oleh Allah SWT untuk memimpin dan memandu umat pada zaman mereka supaya mentauhid dan mengesakan Allah SWT serta melaksanakan peintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. 

Semenjak dari Zaman Nabi Adam A.S. sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad SAW, dakwah mereka untuk mendaulatkan syariat Agama Allah SWT sentiasa menghadapi cabaran.

Daripada 313 orang Rasul ini, 25 orang daripadanya adalah WAJIB diketahui oleh umat ISLAM. Namun begitu, hanya LIMA ORANG rasul sahaja yang layak menerima gelaran ULUL 'AZMI iaitu Rasul pilihan dan Agung.

Rasul Ulul 'Azmi tersebut ialah :

1. Nabi Muhammad SAW
2. Nabi Ibrahim A.S.
3. Nabi Musa A.S.
4. Nabi Isa A.S.
5. Nabi Nuh A.S.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...