Pages


Wednesday 5 December 2012

Doa (Bahagian 2)

Adab Ketika Berdoa :

1. Dalam keadaan bersih, sebaik-baiknya berwuduk, bersih pakaian dan tempat serta menutup  
    aurat.

2. Dalam keadaan khusyuk dan merendah diri kepada Allah SWT dan      
    menghadap ke arah kiblat.

3. Merendahkan suara dan tidak mengganggu orang lain.

4. Tidak menggunakan lafaz doa yang bersajak.

5. Yakin bahawa doa yang dipohon dimakbulkan oleh Allah SWT.

6.  Memulakan doa dengan memuji Allah SWT dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan juga  
     mengakhirinya dengan pujian kepada Allah SWT dan berselawat.

7. Beristighfar sebelum berdoa.

8. Hendaklah memahami isi dan maksud doa yang dilafazkan.

9. Doa itu bukan tujuan untuk melakukan dosa atau memutuskan 
    hubungan silaturrahim.

10. Memulakan doa dengan memohon keampunan untuk dosa diri sendiri, 
      kemudian untuk saudara-mara kita.

11. Berdoalah dengan penuh pengharapan.

12. Mengangkat kedua-dua belah tangan ke paras bahu seperti yang dibuat oleh Nabi Muhammad 
      SAW.

13. Berdoalah dengan suara yang perlahan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...