Abu Bakar as-Siddiq lahir pada tahun 570 Masihi iaitu,2
tahun setengah selepas berlakunyaperistiwa tentera bergajah Abrahah.Nama
sebenar beliau Abdul Kaabah bin Usman.Ibunya bernazar sekiranya mendapat anak lelaki dinamakan Abdul
Kaabah yang bermaksud hamba Kaabah.Ayahnya bernama Usman atau lebih dikenali
dengan nama Abu Qufahah daripada keturunan Bani Tamim.Digelar Abu Bakar yang
bermaksud ayah unta muda kerana pada masa mudanya suka memelihara anak-anak
unta.Mendapat gelaran as-Siddiq iaitu yang membenarkan kerana beliau sentiasa
membenarkan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.
Ibunya bernama
Salma binti Shakhar atau dikenali dengan panggilan Ummu Khair bererti ibu yang
baik.Jurai keturunannya bertemu dengan jurai keturunan Rasulullah SAW iaitu Abu
Bakar bin Usman bin Amir bin Kaab bin Taim bin Murrah bin Kaab bin Luai bin
Ghalib bin Fihir at Tamimi.
Beliau pedagang
yang kaya,terpelajar serta dipandang tinggi oleh kaum Quraisy.Selepas Nabi
Muhammad SAW menjadi rasul, maka dia lelaki pertama yang memeluk Islam.Semasa
berhijrah dari Mekah ke Madinah,Nabi Muhammad SAW memilih Abu Bakar as-Siddiq
menjadi teman dalam perjalanan serta bermalam dalam Gua Thsur.
Anak
perempuannya,Aisyah menjadi isteri Rasulullah SAW.Ketika Nabi Muhammad SAW
sakit,baginda melantik Abu Bakar menjadi imam.Selepas Nabi Muhammad SAW wafat,Abu
Bakar dilantik menjadi khalifah,ketika itu umat Islam berpecah belah.Ada yang
menjadi murtad,enggan membayar zakat dan mengaku menjadi nabi.Mujur Abu Bakar
dapat mengatasi masalah itu satu persatu.
Antara Jasa Khalifah
Abu Bakar as-Siddiq:
1)Berjaya menundukkan mereka yang murtad,enggan membayar
zakat dan yang mengaku menjadi nabi
2)Berjaya mengalahkan tentera Parsi dan Rom di bawah
pimpinan Panglima Khalid al-Walid.Kemudian berjaya mengalahkan tentera Rom di Iraq,Mesir dan Palestin.
3)Mengumpul semula ayat-ayat suci al-Quran.
4)Mentadbir negara
Islam dengan membahagikannya kepada beberapa bahagian.
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq memrintah selama 2 tahun 3
bulan 10 hari.Sebelum meninggal dunia ,beliau sempat meninggalkan wasiat dengan
melantik Umar al-Khattab sebagai penggantinya.Dengan ini dapat mengelakkan
berlakunya perebutan kuasa.
MAKAM SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ YANG BERSEBELAHAN DENGAN MAKAM RASULULLAH SAW.