Pages


Saturday 1 December 2012

Imam Malik


Beliau merupakan pengasas kepada Mazhab Maliki.Keturunannya berasal dari Yaman, dan moyangnya berpindah ke Madinah lalu menganut Agama Islam pada zaman Rasulullah SAW.

Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Malik bin Anas bin Abi Amir bin Amr bin Haris bin Gaiman bin Kutail bin Amr bin Haris al-Asbahi. Beliau kemudiannya lebih dikenali sebagai Imam Malik. Beliau lahir di Madinah pada tahun 95 H/712 M.

Imam Malik dikurniakan umur yang panjang. Beliau hidup pada zaman 9 Khalifah Bani Umaiyah dan 5 Khalifah Bani Abbasiyah. Bermula dari Khalifah al-Walid bin Abdul Malik (95 Hijrah) sehingga ke zaman Khalifah Harun al-Rasyid (179 Hjrah). Beliau meninggal dunia pada hari Ahad, 14 Rabiul Awal tahun 179 Hijrah ketika berusia 86 Tahun.

Dalam umurnya yang panjang, beliau sempat mengarang Kitab Al-Muwatta', kitab ini dikarang selama 40 Tahun. Semuanya kerana beliau cintakan kebenaran dan memperjuangkannya. Kitabnya itu menjelaskan mengapa beliau dianggap sebagai pengarang kebenaran.


Dipetik dari 'Novel Imam Maliki Pengarang Kebenaran' oleh Abdul Latip Talib.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...