Pages

Monday, 3 December 2012

Syamail Muhammadiyah (Bab 2:'Khatam':Tanda Kenabian Rasulullah)

Hadis 5 :

Abdullah bin Sirjis berkata :

Aku pergi menemui Rasulullah ketika beliau sedang beliau sedang duduk bersama para sahabatnya. Aku berjalan mundar-mandir di belakang baginda. Baginda faham apaa yang aku mahukan. Dengan itu, baginda melepaskan selendang yang menutupi belakang badannya. Aku dapat melihat tanda kenabian yang berada di antara kedua-dua bahunya sebesar genggaman tangan. Di sekelilingnya ada tanda-tanda kecil seperti jerawat.

Sebelum pulang, aku menghadap Rasulullah dan berkata kepadanya, "Wahai Rasulullah, semoga Allah mengampunimu". Rasulullah berkata, "Begitu juga denganmu". Para sahabat yang berada di situ bertanya kepada Abdullah, "Adakah Rasulullah memohon keampunan buatmu?" Abdullah menjawab, "Ya, begitu juga untuk kalian". Kemudian, Abdullah membaca ayat,"... dan mintalah ampun bagi dosamu dan bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan..."(Surah Muhammad, ayat 19).

(Direkodkan oleh Tirmizi dan Muslim)

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Ahmad bin al-Muqaddam Abul Asy'ats al-'Ijli al-Bashri, daripada Hammad bin Zaid, daripada 'Ashim al-Ahwal, daripada Abdullah bin Sirjis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...