Pages

Monday, 3 December 2012

Syamail Muhammadiyah (Bab 2:'Khatam':Tanda Kenabian Rasulullah)

Hadis 4:

Abu Zaid bin 'Amr bin Akhtab al-Anshari berkata kepada Alba' bin Ahmar :

Rasulullah pernah berkata kepadaku,"Wahai Abu Zaid, ke marilah dan usaplah belakang badanku". Aku pun mengusap belakang badan Rasulullah dan jari-jemariku menyentuh tanda (kenabian).

Alba' bertanya kepada Abu Zaid,"Bagaimanakah bentuk tanda kenabian itu?" Abu Zaid menjawab, "Gumpalan rambut".

(Direkodkan oleh Tirmizi dan Ahmad)

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Muhammad bin Basyar, daripada Abu Ashim, daripada Uzrah bin Tsabit, daripada Alba' bin Ahmar al-Yusykuri yang bersumber daripada Abu Zaid Amr bin Akhtab al-Ansari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...