Pages


Friday 30 November 2012

Syamail Muhammadiyah (Bab 1:Fizikal Rasulullah SAW)

Hadis 6

Ali bin Abi Talib bercerita mengenai sifat Rasulullah :

Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah. Beliau bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya. Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun. Badannya tidak gemuk, bentuk wajahnya tidak bulat tetapi bujur telur.

Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu metanya lentik. Tulang sendinya gagah, bahunya bidang. Badannya bersih daripada bulu dan rambut, tetapi beliau mempunyai bulu lebat yang memanjang dari dada sampai pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal.

Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan tegap ( kakinya diangkat dengan kekuatan ), seolah-olah beliau sedang turun di lereng yang curam. Apabila baginda berpaling , kedua-dua bahunya berpaling serentak ( seluruh badannya turut berpaling ). Di antara kedua-dua bahunya, terdapat khatamun-nubuwah, iaitu tanda kenabian bagi para Nabi. Rasulullah merupakan seorang manusia yang hatinya pemurah (Rasulullah tidak pernah berkeluh-kesah atas sikap tidak bertimbang rasa dan penyeksaan oleh kaumnya). Baginda adalah orang yang kata-katanya paling jujur.

Manusia yang perangainya paling lembut, dan paling ramah dalam pergaulan. Sesiapa yang melihatnya buat pertama kali, pasti akan menaruh hormat dan segan kepadanya. Sesiapa yang berkenalan dengan beginda tentu nanti akan mencintainya. Orang yang menceritakan sifat Rasulullah, tentunya akan berkata, "Belum pernah aku melihat seseorang yang setanding dengan baginda, sama ada sebelum kalahirannya ataupun sesudah baginda meninggal dunia''.

(Direkodkan oleh Tirmizi)

Keterangan : Dilaporkan oleh Ahmad bin 'Ubadah ad-Dhabbi al-Basri, juga dilaporkan oleh Ali bin Hujr dan Abu Ja'far Muhammad bin al-Husein, daripada Isa bin Yunus, daripada Umar bin Abdullah, daripada Ibrahim bin Muhammad, daripada seornag anak lelaki Ali bin Abi Talib yang bersumber daripada Ali bin Abi Talib.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...