Pages


Wednesday, 12 December 2012

Istighfar (Bahagian 3)

Syarat Istighfar / Bertaubat :

1. Meninggalkan maksiat yang dilakukan.

2. Menyesal atas maksiat yang telah dilakukan.

3. Berazam untuk tidak akan mengulanginya lagi.

4. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat amal kebajikan seperti bersedekah, dan lain-lain.

5. Mohon maaf jika maksiat atau kesalahan yang dilakukan melibatkan orang lain.

Monday, 10 December 2012

Istighfar (Bahagian 2)

Hikmah Beristighfar :


  1. Menghidupkan jiwa yang resah dan gelisah kerana dosa yang telah dilakukan.

  2. Mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

  3. Meningkatkan ketakwaan dan kemimanan diri.

  4. Menangkis tipu daya Syaitan, yang selama ini memerangkap manusia dengan dosa.

  5. Memperolehi kemuliaan dan anugerah daripada Allah SWT dalam hidup di dunia dan di akhirat.


Keampunan Allah SWT terhadap hamba-Nya adalah dengan terlaksananya amalan beristighfar dan bertaubat. Kedua-dua amalan ini saling lengkap-melengkapi untuk memastikan Allah SWT mengurniakan keampunan kepada kita.

Istighfar (Bahagian 1)

Maksud beristighfar :

Menundukkan hati, jiwa dan fikiran terhadap Allah dalam memohon keampunan atas segala dosa serta kesilapan yang dilakukan.

Manusia merupakan makhluk yang serba lemah dan tidak lekang daripada melakukan dosa.

Allah SWT dengan sifat-Nya yang Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang membuka peluang kepada insan untuk memohon keampunan pada setiap waktu dan di mana sahaja mereka berada.






Allah SWT berfirman  yang maksudnya :

Dan Mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.

(Surah al-Muzzammil : ayat 20)

Sunday, 9 December 2012

Syamail Muhammadiyah ( Bab 5 : Uban Rasulullah )

Hadis 3 :

Jabir bin Samurah berkata :

Apabila Rasulullah memakai minyak rambutnya, ubannya tidak kelihatan. Apabila baginda tidak memakai minyak di rambutnya, akan terlihatlah sedikit uban.

(Direkodkan oleh Tirmizi, Muslim dan Nasa'i)

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Muhammad bin Mutsanna, daripada Abu Daud at-Thayalisi, daripada Syu'bah yang bersumber daripada Anas bin Malik.

Syamail Muhammadiyah ( Bab 5 : Uban Rasulullah )

Hadis 2 :

Anas bin Malik berkata :

Aku hanya menemukan empat belas helai uban di rambut dan janggut Rasulullah.

(Direkodkan oleh Tirmizi dan Ahmad)

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Ishaq bin Manshur dan Yahya bin Musa, daripada Abdurrazaq, daripada Tsabit yang bersumber daripada Anas bin Malik.

Saturday, 8 December 2012

Syamail Muhammadiyah ( Bab 5 : Uban Rasulullah )

Hadis 1 :

Qatadah bertanya kepada Anas bin Malik :

Pernahkah Rasulullah mewarnakan rambutnya? Anas bin Malik menjawab, "Baginda tidak pernah melakukannya. Meskipun sudah ada beberapa helai uban di kedua-dua pelipisnya. Namun begitu, Abu Bakar pernah mewarnakan rambutnya dengan inai dan al-katam.

( Direkodkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim dan Nasa'i )

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Muhammad bin Basyar, daripada Abu Daud, daripda Hammam yang bersumber daripada Qatadah.

Syamail Muhammadiyah ( Bab 4 : Cara Rasulullah Merapikan Rambut )

Hadis 3 :

Abdullah bin Mughaffal berkata :

Rasulullah melarang kami merapikan rambut kecuali sekali.

(Direkodkan oleh Tirmizi, Abu Dawus, Ibnu Majah dan Nasa'i)

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Muhammad bin Basyar, daripada Yahya bin Sa'id, daripada Hisyam bin Hasan, daripada al-Hasan Basri yang bersumber daripada Abdullah bin Mughaffal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...