Pages


Showing posts with label Bab 4. Show all posts
Showing posts with label Bab 4. Show all posts

Saturday, 8 December 2012

Syamail Muhammadiyah ( Bab 4 : Cara Rasulullah Merapikan Rambut )

Hadis 3 :

Abdullah bin Mughaffal berkata :

Rasulullah melarang kami merapikan rambut kecuali sekali.

(Direkodkan oleh Tirmizi, Abu Dawus, Ibnu Majah dan Nasa'i)

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Muhammad bin Basyar, daripada Yahya bin Sa'id, daripada Hisyam bin Hasan, daripada al-Hasan Basri yang bersumber daripada Abdullah bin Mughaffal.

Syamail Muhammadiyah ( Bab 4 : Cara Rasulullah Merapikan Rambut )

Hadis 2 :

Aisyah berkata :

Rasulullah suka mendahulukan anggota yang kanan semasa bersuci, menyisir rambut dan memakai kasut.

( Direkodkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Nasa'i )

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Hannad bin as-Sariy, daripada Abul Ahwash, daripada Asy'ats bin Abis-Sya'tsa, daripada bapanya, daripada Masruq yang bersumber daripada Aisyah.

Syamail Muhammadiyah ( Bab 4 : Cara Rasulullah Merapikan Rambut )

Hadis 1 :

Aisyah berkata :

Aku pernah menyisir rambut Rasulullah semasa aku sedang haid.

( Direkodkan oleh Tirmizi, Bukhari dan Nasa'i )

Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Ishaq bin Musa al-Anshari, daripada Ma'n bin Isa, daripada Malik bin Anas, daripada Hisyam bin Urwah, daripada bapanya yang bersumber daripada Aisyah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...