Hadis 6 :
Ibnu Abbas melaporkan :
Pada awalnya, Rasulullah membiarkan rambut baginda terurai ke hadapan. Orang musyrik pula merapikan rambut mereka. Para ahli kitab membiarkan rambut mereka terurai ke hadapan. Rasulullah memilih menyesuaikan diri dengan ahli kitab selama masih belum perintah mengenainya. Kemudian, Rasulullah menyisir rambut baginda dengan rapi.
(Direkodkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawus, Ibnu Majah dan Nasa'i)
Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Suwaid bin Nashr, daripada Abdullah bin Mubarak, daripada Yunus bin Yazid, daripada az-Zuhri, daripada Ubaidillah bin Abdullah bin Uthbah yang bersumber daripada Ibnu Abbas.
"Katakanlah, "Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka ikutilah aku (Muhammad),pasti Allah menyintaimu dan Dia akan mengampunikan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.." (Surah Ali 'Imran, ayat 31)
Showing posts with label Bab 3. Show all posts

Tuesday, 4 December 2012
Syamail Muhammadiyah (Bab 3 : Rambut Rasulullah)
Hadis 5 :
Ummu Hani bin Abu Thalib berkata :
Semasa penaklukan Kota Mekah, Rasulullah memasuki kota ini dengan rambut yang diikat empat.
(Direkodkan oleh Tirmizi, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)
Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Muhammad bin Yahya bin Abi Umar, daripada Sufyan bin Uyainah, daripada Ibnu Abi Najih, daripada Mujahid, daripada Ummu Hani.

Hadis 4 :
Qatadah berkata :
Aku bertanya kepada Anas bin Malik, "Bagaimanakah rambut Rasulullah?" Jawab Anas, "Rambut baginda tidak keriting dan tidak lurus. Panjang rambut baginda menyentuh kedua-dua cuping telinganya."
(Direkodkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah)
Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Mahmud bin Basyar, daripada Wahb bin Jarir bin Hazim, daripada ayahnya yang bersumber daripada Qatadah.

Hadis 3 :
Al-Bara' bin 'Azib berkata :
Rasulullah adalah seorang yang memiliki bentuk tubuh yang sederhana, kedua-dua bahunya bidang, rambutnya menyentuh kedua-dua cuping telinganya.
(Direkodkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim dan Abu Dawud)
Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Ahmad bin Mani', daripada Abu Qathan, daripada Syu'bah, daripada Abu Ishaq yang bersumber daripada al-Bara' bin 'Azib

Hadis 2 :
Aisyah berkata :
Aku pernah berkongsi mandi satu bekas air dengan Rasulullah, baginda memiliki rambut yang panjangnya di atas bahu dan di bawah cuping telinga.
(Direkodkan oleh Tirmizi, Abu Dawud dan Ibnu Majah)
Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Hannad bin as-Sariy, daripada Abdurrahman bin Abu Zinad, daripada Hisyam bin Urwah, daripada bapanya yang bersumber daripada Aisyah.

Hadis 1 :
Anas bin Malik berkata :
Rambut Rasulullah mencecah sehingga bahagian tengah kedua-dua telinganya.
(Direkodkan oleh Tirmizi, Muslim, Ibnu Majah, dan Nasa'i)
Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Ali bin Hujr, daripada Ismail bin Ibrahim, daripada Humaid bersumber daripada Anas bin Malik

Subscribe to:
Posts (Atom)