Hadis 5 :
Abdullah bin Sirjis berkata :
Aku pergi menemui Rasulullah ketika beliau sedang beliau sedang duduk bersama para sahabatnya. Aku berjalan mundar-mandir di belakang baginda. Baginda faham apaa yang aku mahukan. Dengan itu, baginda melepaskan selendang yang menutupi belakang badannya. Aku dapat melihat tanda kenabian yang berada di antara kedua-dua bahunya sebesar genggaman tangan. Di sekelilingnya ada tanda-tanda kecil seperti jerawat.
Sebelum pulang, aku menghadap Rasulullah dan berkata kepadanya, "Wahai Rasulullah, semoga Allah mengampunimu". Rasulullah berkata, "Begitu juga denganmu". Para sahabat yang berada di situ bertanya kepada Abdullah, "Adakah Rasulullah memohon keampunan buatmu?" Abdullah menjawab, "Ya, begitu juga untuk kalian". Kemudian, Abdullah membaca ayat,"... dan mintalah ampun bagi dosamu dan bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan..."(Surah Muhammad, ayat 19).
(Direkodkan oleh Tirmizi dan Muslim)
Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Ahmad bin al-Muqaddam Abul Asy'ats al-'Ijli al-Bashri, daripada Hammad bin Zaid, daripada 'Ashim al-Ahwal, daripada Abdullah bin Sirjis.
"Katakanlah, "Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka ikutilah aku (Muhammad),pasti Allah menyintaimu dan Dia akan mengampunikan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.." (Surah Ali 'Imran, ayat 31)
Showing posts with label Bab 2. Show all posts

Monday, 3 December 2012
Syamail Muhammadiyah (Bab 2:'Khatam':Tanda Kenabian Rasulullah)
Hadis 4:
Abu Zaid bin 'Amr bin Akhtab al-Anshari berkata kepada Alba' bin Ahmar :
Rasulullah pernah berkata kepadaku,"Wahai Abu Zaid, ke marilah dan usaplah belakang badanku". Aku pun mengusap belakang badan Rasulullah dan jari-jemariku menyentuh tanda (kenabian).
Alba' bertanya kepada Abu Zaid,"Bagaimanakah bentuk tanda kenabian itu?" Abu Zaid menjawab, "Gumpalan rambut".
(Direkodkan oleh Tirmizi dan Ahmad)
Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Muhammad bin Basyar, daripada Abu Ashim, daripada Uzrah bin Tsabit, daripada Alba' bin Ahmar al-Yusykuri yang bersumber daripada Abu Zaid Amr bin Akhtab al-Ansari.

Sunday, 2 December 2012
Syamail Muhammadiyah (Bab 2:'Khatam':Tanda Kenabian Rasulullah)
Hadis 3 :
Rumaitsah berkata :
Aku mendengar Rasulullah (yang pada waktu itu berada sangat dekat denganku, sehingga seandainya aku mahu mencium tanda kenabian yang ada di antara kedua-dua bahu baginda, nescaya aku dapat lakukannya) berkata kepada Sa'd bin Mu'adz pada hari beliau meninggal dunia, "Arasy Allah bergegar kerana kematian Sa'd".
(Direkodkan oleh Tirmizi dan Ahmad)
Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Abu Mush'ab al-Madini, daripada Yusuf al-Majisyun, daripada 'Ashim bin Umar bin Qatadah yang bersumber daripada neneknya iaitu Rumaitsah.

Hadis 2 :
Jabir bin Samurah berkata :
Aku pernah melihat tanda kenabian yang ada di antara kedua-dua bahu Rasulullah, iaitu daging yang berwarna merah sebesar telur burung merpati.
(Direkodkan oleh Muslim dan Tirmizi)
Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Sa'id bin Ya'qub ath-Thalaqani, daripada Ayyub bin Jabir, daripada Simak bin Harb yang bersumber daripada Jabir bin Samurah.

Hadis 1 :
Sa'ib bin Yazid berkata :
Makcikku mengajak aku bertemu Rasulullah. Kemudian, makcikku berkata, "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya anak saudaraku (iaitu as-Sa'ib bin Yazid) sedang sakit". Rasulullah mengusap kepalaku lalu mendoakan keberkatan untukku. Sesudah itu, beliau mengambil wuduk, dan aku meminum air bekas wuduknya lalu berdiri di belakang badan baginda. Aku dapat melihat tanda kenabian di antara kedua-dua bahunya. Tanda itu seperti butang yang besar.
(Direkodkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi)
Keterangan : Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Qutaibah bin Said, daripada Hatim bin Ismail yang bersumber daripada Ja'd bin Abdurrahman

Penerangan :
Khatamun Nubuwwah ialah tanda yang menunjukkan baginda merupakan seorang Nabi. Tanda itu terletak pada belakang badan Rasulullah.

Subscribe to:
Posts (Atom)